KPI | TAFSIRAN(DEFINITION) |
---|---|
Peratus pelaksanaan UMT Marine 4.0 Blueprint | Pelaksanaan UMT Marine 4.0 Blueprint mengikut teras-teras berikut: i. Industry in The Classroom – Sekurang kurangnya satu kuliah industri bagi setiap kursus yang ditawarkan; ii. Professional Affiliations – Setiap ahli akademik menjadi ahli sekurang-kurangnya dalam satu badan profesional di peringkat kebangsaan atau antarabangsa yang diiktiraf; iii. Examiners Alleviation – Peraturan pemeriksaan tesis Ijazah Doktor Falsafah (PhD) hendaklah terdiri daripada dua orang profesor dari universiti luar negara; iv. Excellent Graduate Augmentation – Sasaran pencapaian markah purata 70% bagi semua kursus yang ditawarkan; v. Conducive e-Learning Space – Menyediakan kemudahan bilik kuliah yang menepati pengajaran dan pembelajaran IR4.0; vi. Class Streamlining – Penjadualan kuliah dirancang dengan mengambilkira waktu pembelajaran dan pengajaran yang efektif; vii. Empowering Undergraduate Research – Pembentangan hasil kajian Projek Ilmiah Tahun Akhir di peringkat universiti dalam bentuk pembentangan lisan dan poster untuk penilaian; viii. World Class Programmes Standard – program akademik baharu yang akan dibangunkan atau semakan kurikulum program sedia ada dibuat dengan merujuk kepada program yang sama ditawarkan oleh 20 universiti terkemuka dunia. |
QS World University Rankings (by subject) – Agriculture & foresty | Pencapaian dalam QS World University Rankings (by subject) – Agriculture & foresty Carian dibuat melalui link berikut: https://www.topuniversities.com/qs-world-university-rankings |
Pencapaian Sasaran Penarafan: i. QS ASIANS University Rankingii. MyRAiii. SETARAiv. WEBOMETRICS (Malaysia)v. UI GREENMETRICS | Penarafan dalam konteks ini merujuk kepada lima indikator utama iaitu kedudukan berdasarkan QS Asian University Ranking, penarafan bintang Malaysia Research Assessment (MyRA), penarafan Instituti Pendidikan Tinggi (SETARA), kedudukan pada Ranking Web of Universities (WEBOMETRICS) dan kedudukan pada UI GreenMetric World University Ranking. Kaedah Pengukuran adalah seperti berikut: (diukur secara berasingan bagi setiap item) – Pencapaian dalam QS ASIAN University Rankings pada tahun semasa. Carian dibuat melalui link berikut: https://www.topuniversities.com/university-rankings/asian-university-rankings/2019 – Pencapaian dalam MyRA pada tahun semasa – Pencapaian dalam SETARA pada tahun semasa – Pencapaian dalam WEBOMETRICS (Malaysia) pada tahun semasa – Pencapaian dalam UI GREENMETRICS pada tahun semasa |
Bilangan WOW Factor baharu UMT | WOW Factor merujuk kepada: – Penganjuran program-program berimpak tinggi dan unik dalam bidang tujahan dan hanya dilaksanakan oleh UMT sekurang-kurangnya di peringkat kebangsaan; atau – Pemilikan aset atau mercu tanda yang hanya dimiliki oleh UMT sekurang-kurangnya di peringkat kebangsaan. Kaedah Pengukuran: Bilangan WOW Factor baharu yang berjaya ditonjolkan pada tahun semasa. Contohnya, pemilikan Kapal Penyelidikan RV Discovery. |
Indeks Keterlihatan Citra UMT | Indeks Keterlihatan Citra merujuk kepada satu kaedah mengukur sejauh mana imej dan reputasi UMT dikenali di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa. Indikator Indeks Keterlihatan Citra adalah berdasarkan beberapa perkara seperti Nilai Reputasi Media/PR Value, bilangan like atau followers melalui media sosial, liputan berita berimpak tinggi, penerbitan artikel dalam media perdana dan antarabangsa. Kaedah Pengukuran: Pengukuran adalah berdasarkan pencapaian setiap indikator yang dinyatakan di atas dengan skala keterlihatan 1 – 6 Bintang |
Peratus pelaksanaan Blueprint Kampus Lestari | Blueprint Kampus Lestari UMT merupakan sebuah perancangan dan panduan kepada UMT untuk membangun dengan ekosistem yang lestari melalui tujuh komponen utama iaitu Kecemerlangan Akademik, Fasiliti Mesra Alam, Tenaga Hijau dan Sumber Air, Ekosistem Makanan Lestari, Pemuliharaan Warisan Semula Jadi, Perolehan Lestari dan Pengangkutan Mesra Alam. Setiap komponen pula mempunyai senarai program yang telah dirancang melalui beberapa fasa. Kaedah Pengukuran: = (Bilangan program yang telah dilaksanakan sehingga tahun semasa ÷ Bilangan program yang disenaraikan dalam blueprint) X 100. |