Picture22

PUSAT EKOSISTEM DIGITAL, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Teras 7 : Kelestarian Kewangan

TERAS 7: KELESTARIAN KEWANGAN
KPITAFSIRAN(DEFINITION)
Peratus penjanaan pendapatan berbanding perbelanjaan operasiSumber penjanaan pendapatan UA adalah terdiri daripada geran kerajaan, sumbangan daripada kerajaan dan pihak luar (kompetitif), endowmen, waqf, yuran pendidikan pelajar, yuran pelajar lain, pelaburan/ pendapatan faedah, royalti diterima, sewa dan pendapatan lain. 

Kaedah Pengukuran:
= Jumlah penjanaan pendapatan sendiri di UA bagi tahun kewangan semasa ÷ Jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus UA bagi tahun kewangan semasa.
Peratus penjimatan dalam perbelanjaan universitiPerbelanjaan utiliti secara khusus merujuk kepada perbelanjaan ke atas penggunaan elektrik dan air pada tahun semasa. Penjimatan dalam konteks ini merujuk kepada pengurangan perbelanjaan ke atas penggunaan elektrik dan air pada tahun semasa berbanding perbelanjaan tahun sebelumnya.

Kaedah Pengukuran:
= [(Jumlah perbelanjaan ke atas penggunaan elektrik dan air tahun semasa – Jumlah perbelanjaan ke atas penggunaan elektrik dan air tahun sebelum) ÷ Jumlah perbelanjaan ke atas penggunaan tenaga elektrik tahun sebelum] x 100