TERAS 6: KETERLIHATAN GLOBAL
| KPI | TAFSIRAN(DEFINITION) |
|---|---|
| Bilangan enrolmen pelajar antarabangsa | Merujuk kepada pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian (diploma, sarjana muda, sarjana dan PhD) secara sepenuh masa/ sambilan tidak termasuk program mobiliti) memegang pasport asing, berdaftar di UMT yang mempunyai kelulusan pengambilan pelajar asing. Kiraan termasuk semua pelajar yang berdaftar dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun dinilai (termasuk pelajar bergraduat/ berhenti/ diberhentikan dalam tempoh tersebut). |
| Bilangan inbound pelajar antarabangsa berkredit | Merujuk kepada pelajar dari universiti luar negara yang menjalani program berkredit sahaja di UMT. Mempunyai persetujuan di antara dua institusi secara formal. Program berbentuk akademik seperti program pertukaran pelajar, latihan industri dan lain-lain. Tempoh minimum program mobiliti adalah tidak kurang dari 14 hari (termasuk perjalanan). |
| Bilangan outbound pelajar UMT ke universiti luar negara berkredit | Merujuk kepada pelajar UMT yang menjalani program berkredit di Institusi/ universiti di luar negara. Mempunyai persetujuan di antara dua institusi secara formal. Program berbentuk akademik seperti program pertukaran pelajar, latihan industri dan lain-lain. Tempoh minimum program mobiliti adalah tidak kurang dari 14 hari (termasuk perjalanan). |
| Bilangan aktiviti berimpak tinggi yang dilaksanakan bersama organisasi Antarabangsa | Aktiviti berimpak tinggi merujuk kepada sebarang aktiviti yang dijalankan bersama organisasi antarabangsa dan memberi kesan kepada peningkatan KPI UMT yang melonjakkan reputasi antarabangsa. Organisasi antarabangsa merujuk kepada mana-mana syarikat/ institusi/ badan profesional antarabangsa dalam bidang tujahan yang sama. Aktiviti berimpak tinggi yang dimaksudkan adalah sebarang aktiviti yang memberi pulangan atau kesan yang besar kepada universiti dalam bentuk pengembangan, pembangunan, penyelidikan, pendidikan dan lain-lain. Lawatan sambil belajar dan lawatan kerja adalah contoh yang tidak diambilkira. Contoh: MoA, MoU, agensi UNESCO, IMarEST Kaedah Pengukuran: Bilangan aktiviti berimpak tinggi yang dilaksanakan bersama organisasi antarabangsa pada tahun semasa. |
| Peratus pensyarah antarabangsa | Staf akademik bukan warganegara secara sepenuh masa yang menyumbang kepada universiti dalam pengajaran dan penyelidikan atau kedua-duanya yang dilantik pada tahun semasa. Kaedah Pengukuran: = (Bilangan bakat akademik bukan warganegara รท [Jumlah Bakat Akademik – (Profesor Pelawat dual appointment))] x 100 Nota: – Bakat akademik adalah merangkumi Pensyarah Universiti (DS45/ DS51/ DS52/ DS53/ DS54/ VK5/ VK6/ VK7/ VU5/ VU6/ VU7), Post-Doctoral (KA06), Felo Penyelidik (KA10/KA12), Felo Pengajar (KA13), Pengajar Khas (KA19/KA20/KA21), Guru Bahasa (DG41/ DG44/ DG48) – Bilangan staf dikira bagi staf aktif pada tarikh yang dilaporkan. |