TERAS 5: MEMACU PEMINDAHAN ILMU DAN JARINGAN INDUSTRI
KPI | TAFSIRAN(DEFINITION) |
---|---|
Bilangan komuniti yang terlibat dalam program pemindahan ilmu | Program pemindahan ilmu merujuk kepada aktiviti pemindahan ilmu kepada komuniti/industri berdasarkan bidang kepakaran dan penyelidikan oleh penyelidik UMT untuk meningkatkan kualiti hidup dan taraf sosioekonomi. Pengukuran impak dan manfaat program pemindahan ilmu kepada komuniti/industri adalah berdasarkan kepada perubahan tahap pengetahuan/kemahiran/tingkah laku/aspirasi sebelum dan selepas program dilaksanakan. Program-program berbentuk USR seperti aktiviti membersihkan pantai dan kesukarelawanan tidak termasuk dalam kategori pemindahan ilmu. Kategori komuniti : – Kategori/kelompok masyarakat yang sama dari tempat yang berbeza. Contoh: Komuniti guru di Sek. Men. Gong Badak, Sek. Keb. Tok Jembal dan Sek. Keb. Seberang Takir. (Dikira sebagai tiga komuniti) – Kategori/kelompok masyarakat yang berbeza dari tempat yang sama. Contoh: Nelayan Seberang Takir, Persatuan Ibu-ibu Tunggal Seberang Takir dan Persatuan Belia Seberang Takir. (Dikira sebagai tiga komuniti) – Kategori/kelompok masyarakat yang berbeza dari tempat yang berbeza. Contoh: Persatuan Pemandu Teksi Kuala Terengganu, Persatuan Peniaga Besut dan Persatuan Nelayan Kuala Nerus. (Dikira sebagai tiga komuniti) Kaedah pengukuran: = Bilangan komuniti/industri yang menerima manfaat/mendapat faedah daripada program pemindahan ilmu yang dijalankan pada tahun semasa. |
Bilangan penerbitan hasil program pemindahan ilmu bergeran | Sebarang penerbitan yang dihasilkan daripada program pemindahan ilmu bergeran (geran dalaman UMT). Kaedah pengukuran : = Bilangan penerbitan bagi setiap projek yang telah diluluskan |
Bilangan program pemindahan Ilmu melibatkan multi IPT/industri(sekurang-kurangnya 3 organisasi) | Program pemindahan ilmu merujuk kepada aktiviti pemindahan ilmu kepada komuniti / agensi / industri berdasarkan bidang kepakaran dan hasil penyelidikan penyelidik UMT untuk meningkatkan kualiti hidup dan taraf sosioekonomi. Setiap program pemindahan ilmu dalam konteks KPI ini perlu dilaksanakan dengan melibatkan sekurang-kurangnya tiga organisasi lain sama ada pihak agensi, industri atau institusi pendidikan tinggi lain dan mempunyai MoA dengan ketiga-tiga organisasi terbabit. Contoh 1: Program pemindahan ilmu UMT dengan penglibatan UMP, Petronas dan Jabatan Taman Laut Malaysia Contoh 2: Program melibatkan tiga buah sekolah yang berbeza Kaedah pengukuran: = Bilangan program pemindahan ilmu melibatkan multi industri/IPT pada tahun semasa |
Bilangan komuniti/industri yang terlibat dalam program USR | Program Tanggungjawab Sosial (USR) merujuk kepada program-program kemasyarakatan, kesukarelawanan dan ceramah kesedaran/motivasi kepada kumpulan sasaran yang tidak melibatkan aktiviti pemindahan ilmu/penyelidikan secara langsung. Contoh program USR adalah seperti program membersih pantai, program menderma darah dan program bantuan mangsa banjir. Bilangan komuniti dan industri yang terlibat merujuk kepada bilangan komuniti/industri yang menerima manfaat/mendapat faedah/terlibat dalam program USR yang dilaksanakan. Industri merujuk mana-mana agensi luar tidak termasuk institusi pendidikan tinggi lain. Selain penglibatan secara fizikal, sumbangan berbentuk dana kewangan/material juga diambilkira. Kategori komuniti : – Kategori/kelompok masyarakat yang sama dari tempat yang berbeza. Contoh: Komuniti guru di Sek. Men. Gong Badak, Sek. Keb. Tok Jembal dan Sek. Keb. Seberang Takir. (Dikira sebagai tiga komuniti) – Kategori/kelompok masyarakat yang berbeza dari tempat yang sama. Contoh: Nelayan Seberang Takir, Persatuan Ibu-ibu Tunggal Seberang Takir dan Persatuan Belia Seberang Takir. (Dikira sebagai tiga komuniti) – Kategori/kelompok masyarakat yang berbeza dari tempat yang berbeza. Contoh: Persatuan Pemandu Teksi Kuala Terengganu, Persatuan Peniaga Besut dan Persatuan Nelayan Kuala Nerus. (Dikira sebagai tiga komuniti) Kaedah pengukuran: = Bilangan komuniti dan industri yang terlibat dalam program USR pada tahun semasa. |
Peratus staf akademik yang terlibat dalam program USR | Program Tanggungjawab Sosial (USR) merujuk kepada program-program kemasyarakatan, kesukarelawanan dan ceramah kesedaran/motivasi kepada kumpulan sasaran yang tidak melibatkan aktiviti pemindahan ilmu/penyelidikan secara langsung. Contoh program USR adalah seperti program membersih pantai, program menderma darah dan program bantuan mangsa banjir. Kaedah pengukuran: = [Bilangan bakat akademik yang terlibat dalam setiap program USR pada tahun semasa รท Jumlah staf akademik] x 100 Nota: – Bakat akademik adalah merangkumi Pensyarah Universiti (DS45/ DS51/ DS52/ DS53/ DS54/ VK5/ VK6/ VK7/ VU5/ VU6/ VU7), Post-Doctoral (KA06), Felo Penyelidik (KA10/KA12), Felo Pengajar (KA13), Pengajar Khas (KA19/KA20/KA21), Guru Bahasa (DG41/ DG44/ DG48) – Bilangan staf dikira bagi staf aktif pada tarikh yang dilaporkan. |
Bilangan jaringan dengan organisasi | Organisasi baru merujuk kepada agensi kerajaan, agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar sama ada dalam atau luar negara (tidak termasuk institusi pengajian tinggi) Jaringan perlu dilaksanakan sama ada melalui MoU/MoA atau sebarang dokumen (contoh: surat niat, surat kerjasama, surat tawaran LI). Kaedah pengukuran: = Bilangan organisasi yang mempunyai hubungan dengan setiap fakulti, pusat pendidikan dan institut penyelidikan pada tahun semasa. |
Bilangan program dengan rakan industri | KPI ini mengambil kira sebarang aktiviti yang dijalankan oleh setiap fakulti, pusat pendidikan dan institut penyelidikan bersama rakan industri pada tahun semasa. Contoh aktiviti jaringan termasuklah industry talk/projek penyelidikan/ inovasi dan pengkomersilan/ konsultansi/ endowmen/ latihan industri/ Malim Industri/ CeO@Faculty. Kaedah pengukuran: = Bilangan aktiviti yang dilaksanakan oleh setiap fakulti, pusat pendidikan dan institut penyelidikan bersama rakan industri pada tahun semasa. |