KPI | TAFSIRAN(DEFINITION) |
---|---|
Nisbah penerbitan artikel jurnal terindeks per pensyarah | Merujuk kepada mana-mana penerbitan oleh universiti dalam jurnal yang berindeks (SCOPUS/WOS/ERA/ESCI) pada tahun semasa. Kaedah pengukuran: = Bilangan artikel yang diterbitkan ÷ Jumlah Bakat Akademik Nota: – Bakat akademik yang dilantik oleh universiti – Bakat akademik yang bersara/berhenti kerja pada tahun yang dinilai tetapi bekerja kurang daripada enam (6) bulan boleh diambilkira – Bakat akademik yang termasuk yang dipinjamkan/bercuti sabatikal/bercuti untuk mengikuti pasca kedoktoran dan bercuti bagi mengikuti latihan/attachment – Bakat akademik adalah merangkumi Pensyarah Universiti ((DS45 / DS51 / DS52), (DS53/ DS54), (VK5/ VK6/ VK7), (VU5/ VU6/ VU7). – Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sarjana (Master); dan – Staf lantikan baharu perlu berkhidmat sekurang-kurangnya enam (6) bulan – Guru Bahasa dan Felo Pengajar tidak termasuk dalam pengiraan KPI ini |
Nisbah sitasi kumulatif per pensyarah | Merujuk kepada jumlah sitasi (dalam SCOPUS/WoS) dalam tempoh 5 tahun terakhir bagi 5 tahun penerbitan yang telah dihasilkan institusi sehingga tahun dinilai. Ini adalah selaras dengan kriteria yang ditetapkan dalam QS World University Rankings. Bagi jurnal yang tersenarai dalam ERA (tetapi tidak disenaraikan dalam SCOPUS/WoS), pengiraan sitasi dilakukan menggunakan sitasi berpandukan Google Scholar. Kaedah pengukuran: = Bilangan sitasi dalam tempoh 5 tahun ÷Jumlah Bakat Akademik Nota: – Bakat akademik yang dilantik oleh universiti – Bakat akademik yang bersara/berhenti kerja pada tahun yang dinilai tetapi bekerja kurang daripada enam (6) bulan boleh diambilkira – Bakat akademik yang termasuk yang dipinjamkan/bercuti sabatikal/bercuti untuk mengikuti pasca kedoktoran dan bercuti bagi mengikuti latihan/attachment – Bakat akademik adalah merangkumi Pensyarah Universiti ((DS45 / DS51 / DS52), (DS53/ DS54), (VK5/ VK6/ VK7), (VU5/ VU6/ VU7). – Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sarjana (Master); dan – Staf lantikan baharu perlu berkhidmat sekurang-kurangnya enam (6) bulan – Guru Bahasa dan Felo Pengajar tidak termasuk dalam pengiraan KPI ini |
Jumlah Perolehan Geran Penyelidikan Sumber Kerajaan | Merujuk kepada geran kerajaan baharu yang diluluskan pada tahun semasa untuk membiayai projek penyelidikan. Nota: – Geran dalaman turut diambilkira. – Termasuk in-kind (dengan mengemukakan nilai sebenar dalam RM) – Fakulti/Institut perlu mengemukakan bukti kelulusan – Geran sambungan tidak diambilkira |
Jumlah Perolehan Geran Penyelidikan Sumber Swasta | Merujuk kepada geran swasta baharu yang diluluskan pada tahun semasa untuk membiayai projek penyelidikan. Nota: – Termasuk in-kind (dengan mengemukakan nilai sebenar dalam RM) – Fakulti/Institut perlu mengemukakan bukti kelulusan – Geran sambungan tidak diambilkira |
Jumlah Perolehan Geran Penyelidikan Sumber Antarabangsa | Merujuk kepada geran antarabangsa baharu yang diluluskan pada tahun semasa untuk membiayai projek penyelidikan. Nota: – Termasuk in-kind (dengan mengemukakan nilai sebenar dalam RM) – Fakulti/Institut perlu mengemukakan bukti kelulusan – Geran sambungan tidak diambilkira |
Pelaksanaan transformasi governans penyelidikani. 50% SIG setiap klusterii. 1 MoU kebangsaan & 1 MoU antarabangsa / Klusteriii. Penjenamaan semula AKUATROP sebagai HICoE Penyelidikan | Transformasi governans penyelidikan merujuk kepada program pemantapan ekosistem penyelidikan khususnya kluster penyelidikan dan institusi penyelidikan di UMT pada tahun semasa. Di antara program transformasi penyelidikan ialah memperkasa Malim dan SIG, mengukuhkan jaringan penyelidikan bersama rakan strategik, pencitraan semula jenama dan fungsi institut, penubuhan institut baharu berasaskan bidang tujahan serta melonjakkan institut sedia ada ke arah penarafan HICoE. Kaedah pengukuran: (Diukur secara berasingan bagi setiap item) – Peratus SIG setiap kluster – Setiap kluster perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1 MoU baharu peringkat kebangsaan dan 1 MoU baharu peringkat antarabangsa pada tahun semasa – Mempunyai aktiviti MoU yang aktif – Penjenamaan semula institut penyelidikan seperti mana yang telah dirancang |
Pencapaian pemantapan prasarana penyelidikani. Akreditasi ISO Makmal Berpusatii. Pusat Repositori 75% siapiii. Pangkalan data mula beroperasi | Prasarana penyelidikan merujuk kepada segala fasiliti yang menyokong aktiviti penyelidikan seperti kelengkapan makmal, peralatan saintifik, galeri dan repositori, pangkalan data penyelidikan dan lain-lain. Pemantapan prasarana penyelidikan dalam konteks KPI ini dilakukan melalui akreditasi makmal, perolehan kelengkapan penyelidikan berteknologi IR 4.0, penubuhan Pusat Repositori dan Galeri Penyelidikan Marin & Akuatik serta Sistem Pangkalan data berintegrasi. Kaedah pengukuran: (diukur secara berasingan bagi setiap item) – Makmal-makmal di institut penyelidikan dan Makmal Berpusat perlu mendapat akreditasi ISO mengikut jadual perancangan. – Pusat Repositori dibina mengikut jadual yang dirancang – Pangkalan Data dibangunkan mengikut jadual yang dirancang |
Bilangan produk penyelidikan yang berjaya didaftarkan sebagai harta intelek | Produk penyelidikan merujuk kepada inovasi teknologi yang tercipta daripada dapatan sesuatu penyelidikan yang dilaksanakan. Harta intelek merupakan istilah yang merujuk kepada produk hasil penyelidikan yang dilindungi hak eksklusifnya di bawah undang-undang, contohnya Paten, Hak Cipta dan Cap Dagang. Kaedah pengukuran: Paten – pengiraan berdasarkan produk baharu yang berjaya difailkan pendaftarannya atau berjaya didaftarkan (granted) pada tahun semasa. Untuk pengiraan kumulatif, sekiranya produk yang berjaya difailkan pendaftarannya telah berjaya didaftarkan (granted), ia dikira 1 sahaja. Lain-lain harta intelek – pengiraan berdasarkan produk baharu yang telah didaftarkan (granted) pada tahun semasa. = Bilangan produk penyelidikan baharu pada tahun semasa yang berjaya didaftar sebagai Paten/ Hak Cipta/ Cap Dagang/ lain-lain |
Bilangan harta intelek yang berjaya dikomersialkan | Harta intelek merupakan istilah yang merujuk kepada produk hasil penyelidikan yang dilindungi hak eksklusifnya di bawah undang-undang, contohnya Paten, Hak Cipta dan Cap Dagang. Pengkomersilan merujuk kepada aktiviti yang bertujuan untuk menjana pendapatan dan/atau pulangan kewangan daripada harta intelek, termasuk: i. Penyerahan hak dan/atau pelesenan sebahagian atau keseluruhan hak harta intelek dengan balasan kewangan/royalti yang setimpal; ii. Pemindahan teknologi oleh UMT kepada pihak luar dengan balasan kewangan yang setimpal Kaedah pengukuran: = Bilangan harta intelek yang berjaya dikomersialkan pada tahun semasa (bukan kumulatif). |
Nilai projek perundingan bersama industri | Merujuk kepada jumlah pendapatan kasar yang diterima pada tahun dinilai daripada projek penyelidikan bersama industri (termasuk projek perundingan di bawah UMTJ). Perundingan yang dimaksudkan adalah khidmat nasihat yang diberikan bersama pihak industri. Lazimnya, perunding atau institusi atau kedua- duanya mendapat ganjaran hasil dari khidmat nasihat tersebut. Manakala industri pula merujuk pihak luar seperti agensi swasta, kerajaan, institusi sama ada dalam dan luar negara. Kaedah Pengukuran : = Jumlah pendapatan kasar yang diterima pada tahun dinilai |
Peratus pensyarah yang terlibat dalam projek perundingan | Penglibatan pensyarah dalam aktiviti perundingan. Merangkumi semua penyarah yang terlibat, bukan sahaja PI. Nota: – Bakat akademik yang dilantik oleh universiti – Bakat akademik yang bersara/berhenti kerja pada tahun yang dinilai tetapi bekerja kurang daripada enam (6) bulan boleh diambilkira – Bakat akademik yang termasuk yang dipinjamkan/bercuti sabatikal/bercuti untuk mengikuti pasca kedoktoran dan bercuti bagi mengikuti latihan/attachment – Bakat akademik adalah merangkumi Pensyarah Universiti ((DS45 / DS51 / DS52), (DS53/ DS54), (VK5/ VK6/ VK7), (VU5/ VU6/ VU7). – Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sarjana (Master); dan – Staf lantikan baharu perlu berkhidmat sekurang-kurangnya enam (6) bulan – Guru Bahasa dan Felo Pengajar tidak termasuk dalam pengiraan KPI ini. |