| KPI | TAFSIRAN(DEFINITION) |
|---|---|
| Peratus graduan yang mendapat 5 Star(1,000 merit Mystar) | My Student Activities and Recognition Transcript (MySTAR) merupakan sistem yang digunakan untuk merekod dan mengawal selia aktiviti bukan akademik yang disertai pelajar seperti program kesukarelawanan, sukan, kelab, badan beruniform, kepimpinan dan lain-lain. Sistem ini memberi markah merit berdasarkan penyertaan dan sumbangan pelajar dalam aktiviti UMT. Kaedah pengukuran: = [Bilangan graduan yang mendapat 5 STAR pada tahun konvokesyen semasa ÷ Jumlah graduan pada tahun kovokesyen semasa] x 100 |
| Peratus pelajar yang mendapat anugerah kebangsaan dan antarabangsa | Anugerah kebangsaan dan antarabangsa merujuk kepada sebarang kemenangan (Emas, Perak, Gangsa dan setara) pada pelbagai pertandingan/kejohanan yang disertai pelajar seperti pertandingan sukan, kebudayaan, kepimpinan, keusahawanan dan lain-lain yang menguji kemahiran dan kreativiti pelajar di peringkat kebangsaan & Antarabangsa. Kaedah pengukuran: = [Bilangan pelajar yang mendapat anugerah peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun semasa ÷ Jumlah enrolmen pelajar tahun semasa] x 100 |
| Bilangan alumni yang terlibat dengan aktiviti universiti | Alumni merujuk kepada graduan/ pelajar lepasan UMT. Aktiviti universiti merujuk kepada sebarang aktiviti seperti penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran, pemindahan ilmu, pemberian sumbangan atau endowmen, menjadi mentor kepada pelajar dan lain-lain aktiviti yang melibatkan alumni bersama universiti. Kaedah pengukuran: = Bilangan alumni yang terlibat dalam aktiviti UMT pada tahun semasa |
| Peratus kepuasan pelajar terhadap kemudahan universiti | Kemudahan universiti merujuk kepada persekitaran kampus yang dilengkapi dengan infrastruktur dan infostruktur bertaraf IR4.0, merangkumi kapasiti dan keselesaan kediaman pelajar, fasiliti sukan, kebudayaan, keusahawanan, perkhidmatan kafeteria, fasiliti OKU serta kelajuan internet dan lain-lain fasiliti yang menyokong aktiviti pelajar. Pengukuran adalah berdasarkan maklum balas pelajar pada borang Indeks Kepuasan Pelajar terhadap kemudahan universiti. Kaedah pengukuran: = [Bilangan responden yang berpuas hati ÷ Jumlah responden] x 100 |