Picture22

PUSAT EKOSISTEM DIGITAL, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Teras 2 : Kecemerlangan Pembelajaran dan Pengajaran

KPITAFSIRAN(DEFINITION)
Peratus pelajar yang masuk dengan CGPA ≥3.0Merujuk kepada CGPA (Merit) kemasukan pelajar prasiswazah adalah 3.0 dan ke atas. 

Kaedah pengukuran:
(Bilangan pelajar yang masuk dengan CGPA ≥3.0 kohort tahun semasa ÷ Jumlah keseluruhan pengambilan pelajar kohort tahun semasa) x 100
Peratus kebolehpasaran graduanMerujuk kepada graduan yang telah mendapat pekerjaan, menunggu penempatan pekerjaan, melanjutkan pengajian atau menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran (kecuali kategori tidak bekerja). Peringkat yang terlibat adalah PhD, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma.
(Berdasarkan definisi oleh Tracey Study – responden kajian pengesanan graduan)

Nota:
Data GE diambil daripada Tracer Study.
Bilangan peserta yang mengikuti kursus PSH jangka pendek bersijilMerujuk kepada bilangan program pembelajaran sepanjang hayat bersijil tetapi bukan sebahagian daripada syarat untuk bergraduat. Program ini tidak terhad kepada pelajar UMT sahaja tetapi terbuka kepada semua. 

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah satu proses pendemokrasian pendidikan, merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal.

Nota:
Kursus PSH ini bukan bertujuan untuk pengijazahan.
Peratus graduan cemerlangGraduan cemerlang merujuk kepada pelajar program Sarjana Muda dan Diploma yang bergraduat dengan CGPA 3.67 dan ke atas pada tahun konvokesyen semasa.

Kaedah pengukuran:
=[Bilangan graduan dengan CGPA 3.67 dan ke atas tahun konvokesyen semasa ÷ Jumlah graduan pada tahun konvokesyen semasa] x 100
Peratus iGOT Sarjana MudaiGoT Sarjana Muda ditakrifkan sebagai peratusan pelajar sepenuh masa dari kumpulan pengambilan bagi tempoh pengajian (3, 3 1/2 @ 4 tahun) bagi (intake) tertentu yang berjaya menamatkan pengajian pada atau sebelum tahun pengajian yang ditetapkan untuk bergraduat. Tahun bergraduat ditakrifkan sebagai tahun kelulusan senat diperolehi. 

Kaedah Pengukuran:
= [Bilangan Pelajar daripada pengambilan (intake) bergraduat pada tahun bergraduat ditetapkan ÷ Jumlah pelajar daripada pengambilan (intake)] x 100

Nota:
Kaedah pengiraan, tidak termasuk pelajar tercicir (berhenti, gugur nama, diberhentikan). Pelajar-pelajar yang meninggal dunia tidak termasuk dalam pengiraan keciciran
Peratus iGOT Sarjana dan PhDiGoT Sarjana dan PhD ditakrifkan sebagai peratusan pelajar sepenuh masa dari kumpulan pengambilan (intake) tertentu yang berjaya menamatkan pengajian pada atau sebelum tahun pengajian yang ditetapkan untuk bergraduat. Tahun bergraduat ditakrifkan sebagai tahun kelulusan senat diperolehi. 

Kaedah Pengukuran:
= [Bilangan Pelajar daripada pengambilan (intake) bergraduat pada tahun bergraduat ditetapkan ÷ Jumlah pelajar daripada pengambilan (intake)] x 100 

Nota:
Kaedah pengiraan, tidak termasuk pelajar tercicir (berhenti, gugur nama, diberhentikan). Pelajar-pelajar yang meninggal dunia tidak termasuk dalam pengiraan keciciran