Picture22

PUSAT EKOSISTEM DIGITAL, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Seksyen H : Kemudahan Sokongan

SEKSYEN H: KEMUDAHAN SOKONGAN
KPITAFSIRAN(DEFINITION)
1. Makmal/Kemudahan penyelidikan yang mendapat pengiktirafan berdasarkan kompetensi terasMerujuk kepada glosari makmal/kemudahan penyelidikan yang mendapat pengiktirafan berdasarkan kompetensi teras bagi 1(a).
a) Bilangan makmal/kemudahan penyelidikan yang
mempunyai sijil pengiktirafan Good Manufacturing
Practice (GMP), Good Regulatory Practice (GRP), Good
Clinical Practice (GCP), Good Laboratory Practice
(GLP), ISO17025, ISO15189, etc. yang beroperasi
sepenuhnya
➢ Makmal/Kemudahan penyelidikan yang mempunyai
akreditasi untuk berfungsi atau memberikan perkhidmatan.
➢ Mempunyai sijil pengiktirafan Good Manufacturing Practice
(GMP), Good Regulatory Practice (GRP), Good Clinical Practice (GCP), Good Laboratory Practice (GLP), ISO17025, ISO15189 daripada badan bertauliah/badan akreditasi. Sijil pengiktirafan akreditasi yang diberi oleh pihak industri tidak diterima.
➢ Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) seperti ISO17025, ISO/TS 16949, ISO 13485, ISO15189.

Nota Umum:
• Contoh senarai sijil akreditasi yang diterima pakai (tidak terhad kepada) adalah sijil daripada OECD, FDA, Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM), Department of Standards, Kementerian Kesihatan.

• Akreditasi khusus kepakaran bermaksud mendapat akreditasi terhadap bidang khusus kepakaran makmal tersebut.

• Pensijilan akreditasi adalah untuk bidang atau keperluan penyelidikan sahaja.

• Badan pengiktirafan luar negara bertauliah untuk bidang pengkhususan kepakaran makmal seperti TUV, API, World Bank partner, UNESCO Partner, NATA, Department of Veterinary Services diambilkira.

• Mempunyai akreditasi dari badan pensijilan (certification body) yang diiktiraf oleh Standards Malaysia (SAMM) atau Badan Akreditasi Antarabangsa sebagai contoh NATA dan Australian/New Zealand Standards.

• Makmal yang diiktiraf perlu mempunyai carta organisasi yang diaudit dan diiktiraf oleh badan bertauliah.

• Contoh senarai sijil akreditasi yang TIDAK diterima pakai (tidak terhad kepada):
➢ Lembaga Jurutera Malaysia
➢ Akreditasi daripada Occupational Health and Safety Assessment Series (OHSAS)
➢ BioNexus dari BioEconomy
➢ ISO 9001
➢ ISO 14000
➢ ISO 18000

• Bagi pensijilan ISO 27000 kepada pusat/makmal Teknologi Maklumat Komunikasi. Pusat/Makmal tersebut perlu menunjukkan bukti aktiviti penyelidikan dijalankan.

• Jika di dalam satu sijil terdapat lebih daripada satu makmal dan ujian khusus dinyatakan dengan jelas di dalam sijil maka bilangan makmal yang diisytihar boleh diterima.

• Jika di dalam satu makmal mempunyai lebih daripada satu sijil dan setiap sijil mewakili satu ujian khusus maka setiap sijil tersebut boleh dikira.

• Makmal/Kemudahan penyelidikan yang dimiliki oleh syarikat spin-off yang berdaftar dengan pihak berkuasa sahaja boleh diterima.
2. Kemudahan perpustakaanMerujuk kepada glosari bilangan tajuk buku (salinan cetak) bagi 2(b) dan 2(c).
a) Bilangan tajuk buku (salinan cetak)
b) Bilangan tajuk buku atas talian (salinan digital)Bilangan tajuk buku/bahan multimedia (cth: CD & VCD)

Nota Umum:
• Tiada pengiraan berulang (double counting) untuk buku dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) dan buku atas talian (online).
c) Bilangan tajuk jurnal yang dilangganBilangan tajuk jurnal dalam pangkalan data yang dilanggani.