Picture22

PUSAT EKOSISTEM DIGITAL, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MyRA >> Seksyen G : Jaringan dan Jangkauan

SEKSYEN G: JARINGAN DAN JANGKAUAN
KPITAFSIRAN(DEFINITION)
1. Penglibatan di dalam aktiviti penyelidikan dengan institusi Antarabangsa yang menandatangani MoAIPerjanjian aktifMerujuk kepada glosari penglibatan di dalam aktiviti penyelidikan dengan institusi Antarabangsa yang menandatangi MOAIPerjanjian aktif bagi 1(a) hingga 1(b).
a) Bilangan MoA yang ditandatangani dan disetemBilangan MoA yang ditandatangani dan disetemkan bersama-sama dengan institusi/agensi di peringkat antarabangsa.

Nota Umum:
• MoA perlu berada dalam tempoh yang sah pada tahun yang dinilai.

• MoA perlu ditandatangani oleh CEO/Presiden/Naib Canselor/Rektor kecuali terdapat bukti penurunan kuasa.

• Letter of Agreement (LoA) dan Research Agreement boleh diambilkira.

• Untuk perjanjian dengan institusi luar negara, Memorandum of Understanding (MoU) boleh diambilkira di mana bukti aktiviti penyelidikan perlu dilampirkan.

• Keperluan disetemkan adalah mengikut keperluan negara institusi luar berkenaan.

• Manakala Non-Disclosure Agreement (NDA), Service Agreement dan Letter of Intent (LOI) tidak diambilkira.
b) Bilangan staf akademik yang terlibat di dalam projek penyelidikan di bawah MoABilangan staf akademik yang terlibat sebagai penyelidik dalam penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Nota Umum:
• Penglibatan staf mesti dari LoA, MoU, MoA dan Research Agreement yang dinyatakan dalam Subseksyen G1(a).

• Bagi MoU yang tidak menyenaraikan senarai nama staf, sumber peruntukan projek penyelidikan yang aktif sahaja diambilkira.

• Sumber peruntukan projek penyelidikan boleh daripada peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

• Bukti penglibatan penyelidik dari institusi antarabangsa diperlukan seperti dokumen penyelidikan (kertas cadangan) atau surat perlantikan dan seumpamanya.
2. Bilangan staf ke luar negara untuk aktiviti penyelidikanBilangan staf akademik yang bercuti sabatikal/cuti penyelidikan/kursus/latihan jangka pendek (sekurang-kurangnya 5 hari (tidak termasuk perjalanan dan ditaja bersama oleh pihak luar) di luar negara (kumulatif dalam tahun yang dinilai).

Nota Umum:
• Staf akademik yang bercuti belajar untuk tujuan Ijazah Tinggi tidak diambilkira kerana staf ini ditafsir sebagai staf tidak aktif (tidak disenaraikan di Subseksyen A1(b).

• Staf yang hadir seminar atau persidangan tidak diambilkira.
3. Keahlian di dalam Badan
Akademik/Profesional/Persatuan/NGO di peringkat antarabangsa
Merujuk kepada glosari keahlian di dalam Badan Akademik/Profesional/Persatuan/NGO di peringkat antarabangsa bagi 3(a) hingga 3(b).
a) Bilangan staf akademik sebagai ahli Badan Akademik/Profesional/Persatuan/NGO di peringkat antarabangsaNota Umum:
• Ciri-ciri Badan Akademik/Profesional/Persatuan/NGO:
➢ Berdaftar
➢ Berkaitan dengan kepakaran dan profesional
b) Bilangan staf akademik yang dilantik sebagai AJK
Badan Akademik/Profesional/Persatuan/NGO di peringkat antarabangsa
Nota Umum:
• Ciri-ciri Badan Akademik/Profesional/Persatuan/NGO:
➢ Berdaftar
➢ Berkaitan dengan kepakaran dan profesional
4. Penglibatan di dalam aktiviti penyelidikan dengan institusi peringkat kebangsaan yang menandatangani MoABilangan aktiviti penyelidikan dengan institusi peringkat kebangsaan di bawah MoA.
a) Bilangan MoA yang ditandatangani dan disetemBilangan MoA yang ditandatangani dan disetemkan bersama-sama dengan institusi/agensi di peringkat kebangsaan.

Nota Umum:
• MoA perlu berada dalam tempoh yang sah pada tahun yang dinilai.

• MoA perlu ditandatangani oleh CEO/Presiden/Naib Canselor/Rektor kecuali terdapat bukti penurunan kuasa.

• LoA dan Research Agreement boleh diambilkira. Manakala NDA, LOI dan MoU tidak diambilkira.
b) Bilangan staf akademik yang terlibat di dalam projek penyelidikan di bawah MoABilangan staf akademik yang terlibat sebagai Penyelidik dalam penyelidikan di peringkat kebangsaan.

Nota Umum:
• Sumber peruntukan projek penyelidikan yang aktif adalah termasuk peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

• Penglibatan staf mesti dari LoA, MoA dan Research Agreement yang dinyatakan dalam Subseksyen G4(a) – MyRA I dan Subseksyen G3(a) – MyRA II.

• Bukti penglibatan penyelidik dari institusi Kebangsaan diperlukan seperti dokumen penyelidikan (kertas cadangan) atau surat perlantikan dan seumpamanya.
5. Keahlian di dalam Badan Akademik/Profesional/Persatuan/NGO di peringkat KebangsaanNota Umum:
• Keahlian automatik berdasarkan portfolio atau jawatan/bidang tidak diambilkira.
a) Bilangan staf akademik sebagai ahli Badan
Akademik/Profesional/Persatuan/NGO di peringkat
kebangsaan
Nota Umum:
• Keahlian automatik berdasarkan portfolio atau jawatan/bidang tidak diambilkira.
b) Bilangan staf akademik yang dilantik sebagai Pengerusi/AJK Badan
Akademik/Profesional/Persatuan/NGO di peringkat kebangsaan
Nota Umum:
• Ciri-ciri Badan Akademik/Profesional/Persatuan/NGO:
➢ Berdaftar
➢ Berkaitan dengan kepakaran dan profesional
6. Pengetahuan/Projek Penyebaran Teknologi/Asimilasi (Inovasi Sosial)Merujuk kepada glosari pengetahuan/projek penyebaran teknologi/asimilasi (Inovasi Sosial) bagi 6(a) hingga 6(b).
a) Bilangan projek baharu dengan kerjasama komunitiBilangan projek baharu pemindahan ilmu dan teknologi dengan kerjasama industri/komuniti.
b) Bilangan komuniti yang menerima faedah daripada pengetahuan/projek penyebaran teknologiBilangan komuniti yang menerima projek pemindahan ilmu dan teknologi.

Nota Umum:
• Bilangan komuniti/industri yang menerima/mendapat faedah daripada pengetahuan/projek penyebaran teknologi.

• Program komuniti menunjukkan perubahan positif dari segi pengetahuan/kemahiran/tingkah laku atau aspirasi.

• Komuniti yang menggunakan program menggerakkan sumber dan kepakaran dengan universiti.

• Komuniti yang bekerjasama dengan agensi-agensi lain dan universiti dalam pelaksanaan program.

• Pembiayaan program adalah sebaik-baiknya secara bersama di antara universiti/sektor awam/sektor swasta.

• Penarafan bintang jaringan komuniti adalah berdasarkan kriteria berikut: 
LAMPIRAN A

• Hanya projek yang bertaraf tiga (3) bintang dan ke atas sahaja yang boleh diambilkira sebagai komuniti yang telah mendapat faedah/manfaat dari program.

• Impak setiap projek baharu dengan kerjasama komuniti (Penarafan Bintang Jaringan Komuniti) perlu dilaporkan melalui Masterlist dan Templat Pelaporan Impak Komuniti.
7. Kerjasama dalam projek penyelidikan di antara institusi yang dinilai dengan Universiti Penyelidikan/Universiti Awam/Universiti Swasta/Industri/Agensi dalam setiap projekNota Umum:
• Projek-projek aktif yang diambilkira mesti melibatkan kerjasama di antara institusi yang dinilai dan sekurang-kurangnya 3 buah Universiti Penyelidikan/Universiti Awam/Universiti Swasta/Industri/Agensi dalam setiap projek.

• Semua rakan kerjasama mesti menyumbang dana untuk projek berkenaan. Nilai sumbangan mesti jelas dinyatakan dalam dokumen perjanjian dan disokong oleh bukti penyata kewangan.
a) Bilangan kerjasama dalam projek penyelidikan di antara institusi yang dinilai dan sekurang-kurangnya 3 buah Universiti Penyelidikan/Universiti Awam/Universiti
Swasta/Industri/Agensi dalam setiap projek.
Nota Umum:
• Projek-projek aktif yang diambilkira mesti melibatkan kerjasama di antara institusi yang dinilai dan sekurang-kurangnya 3 buah
Universiti Penyelidikan/Universiti Awam/Universiti Swasta/Industri/Agensi dalam setiap projek.

• Semua rakan kerjasama mesti menyumbang dana untuk projek berkenaan. Nilai sumbangan mesti jelas dinyatakan dalam dokumen perjanjian dan disokong oleh bukti penyata kewangan.