SEKSYEN E: INOVASI
KPI | TAFSIRAN(DEFINITION) |
---|---|
1. Patent | Merujuk kepada glosari patent bagi 1(a) hingga 1(d). |
a) Jumlah sijil paten baharu yang diperolehi | Jumlah sijil paten baharu yang diperolehi pada tahun yang dinilai. Nota Umum: • Tidak termasuk sijil yang diperbaharui. |
b) Jumlah sijil paten baharu yang difailkan | Jumlah sijil paten baharu yang difailkan pada tahun yang dinilai. |
c) Jumlah rekacipta (teknologi/inovasi) baharu yang dipatenkan | Jumlah bilangan rekacipta (teknologi/inovasi) baharu yang dipatenkan dan diperolehi pada tahun yang dinilai. Nota Umum: • Paten baharu sahaja diambilkira iaitu yang pertama kali diperolehi pada tahun yang dinilai. • Rekacipta (teknologi/inovasi) yang sama sekiranya dipatenkan di negara yang berbeza hanya dikira sekali sahaja. • Paten diambilkira sekiranya perekacipta masih berkhidmat di universiti ketika rekacipta berkenaan difailkan. • Universiti mesti mempunyai hakmilik (bersama/sepenuhnya) ke atas paten. |
d) Jumlah rekacipta (teknologi/inovasi) baharu yang difailkan | Jumlah bilangan rekacipta (teknologi/inovasi) baharu yang difailkan pada tahun yang dinilai. Nota Umum: • Rekacipta (teknologi/inovasi) baharu sahaja diambilkira iaitu yang pertama kali difailkan pada tahun yang dinilai. • Rekacipta (teknologi/inovasi) yang sama sekiranya difailkan paten di negara yang berbeza hanya dikira sekali sahaja. • Universiti mesti mempunyai hakmilik (bersama/sepenuhnya) ke atas rekacipta (teknologi/inovasi) yang difailkan. |
2. Produk dikomersilkan | Merujuk kepada glosari produk dikomersialkan bagi 2(a). |
a) Bilangan inovasi daripada aktiviti teknologi know-how yang berjaya dibangunkan sebagai produk dalam pasaran | Jumlah bilangan produk baharu yang telah dikomersilkan. Nota Umum: • Produk yang dikomersilkan oleh syarikat yang berdaftar (termasuk holdings/spin-off/start-up daripada IPT yang dinilai) perlu disokong dengan perjanjian teknologi know-how yang dilesenkan terdahulu. • Penjualan secara dalaman yang tidak diambilkira seperti: ➢ IPT holdings/spin off/start-up • Produk yang dikomersilkan/dipasarkan oleh syarikat spin-off yang berdaftar dengan pihak berkuasa boleh diterima dan disokong oleh penyata jualan kasar. • Aplikasi telefon pintar (mobile apps) yang dikomersilkan perlulah menunjukkan bayaran dari Digital Distribution Platform seperti Google Play atau Apple App Store. • Jumlah jualan kasar yang terkumpul berdasarkan laporan jualan boleh dibawa ke tahun hadapan sekiranya jumlah kurang daripada RM20,000 pada tahun yang dinilai. • Tempoh pengkomersilan boleh melebihi tempoh satu (1) tahun atau sehingga jumlah terkumpul mencecah RM20,000 dan ke atas. • Bayaran licensing fees tidak boleh dikira sebagai sebahagian hasil jualan untuk mencapai takat RM20,000 daripada pendapatan pengkomersilan. • Penentuan bilangan produk berdasarkan aplikasi berbeza walaupun dari IP yang sama. |
3. Teknologi atau know-how yang dilesenkan/dijual terus | Jumlah teknologi atau know-how yang dilesenkan/dijual terus dengan perjanjian perlesenan yang memiliki harta intelek (termasuk rahsia perdagangan/trade secret). Nota Umum: • Pelesenan atau pemindahan hak harta intelek daripada institusi pemilik kepada mana-mana pihak. • Nilai transaksi terkumpul perlesenan perlu bernilai RM10,000 dan ke atas dan boleh dilesenkan kepada lebih daripada satu (1) pihak. • Tempoh masa bagi transaksi proses perlesenan boleh melebihi satu (1) tahun dan boleh diambilkira setelah proses tersebut selesai. • Teknologi atau know-how boleh dilesenkan secara ekslusif dan tak ekslusif (non-exclusive) dimana kedua-duanya boleh diambilkira. • Teknologi yang dilesenkan kepada Holdings/Syarikat di bawah IPT/syarikat spin-off yang dinilai yang berdaftar dengan pihak berkuasa boleh diterima. • Bilangan perlesenan teknologi atau know-how adalah berdasarkan bilangan item yang dinyatakan dengan jelas (perincian dan nilai setiap item) dalam satu perjanjian. Hanya satu perlesenan teknologi atau know-how dikira sekiranya nilai setiap item tidak dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian tersebut. |
a) Jumlah teknologi atau know-how yang dilesenkan/dijual terus | Jumlah teknologi atau know-how yang dilesenkan/dijual terus dengan perjanjian perlesenan yang memiliki harta intelek (termasuk rahsia perdagangan/trade secret). Nota Umum: • Pelesenan atau pemindahan hak harta intelek daripada institusi pemilik kepada mana-mana pihak. • Nilai transaksi terkumpul perlesenan perlu bernilai RM10,000 dan ke atas dan boleh dilesenkan kepada lebih daripada satu (1) pihak. • Tempoh masa bagi transaksi proses perlesenan boleh melebihi satu (1) tahun dan boleh diambilkira setelah proses tersebut selesai. • Teknologi atau know-how boleh dilesenkan secara ekslusif dan tak ekslusif (non-exclusive) dimana kedua-duanya boleh diambilkira. • Teknologi yang dilesenkan kepada Holdings/Syarikat di bawah IPT/syarikat spin-off yang dinilai yang berdaftar dengan pihak berkuasa boleh diterima. • Bilangan perlesenan teknologi atau know-how adalah berdasarkan bilangan item yang dinyatakan dengan jelas (perincian dan nilai setiap item) dalam satu perjanjian. Hanya satu perlesenan teknologi atau know-how dikira sekiranya nilai setiap item tidak dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian tersebut. |
4. Lain-lain IPRs | Merujuk kepada glosari lain-lain IPR bagi 4(a). |
a) Selain dari paten, produk dikomersilkan, teknologi atau know-how yang dilesenkan dan buku-buku yang dinyatakan di Seksyen C | Harta intelek selain dari paten dan teknologi know-how licencing adalah hasil intelek yang diiktiraf termasuk trademarks, hak cipta (copyrights), industrial designs, circuit, pelan bangunan, perisian, lirik lagu, puisi, architectural drawing, Geographical Indication (contoh: Cili Bangi), Layout Design, Utility Innovation, New Plant Variety (NPV) and New Microbial Species yang dihasilkan oleh ahli akademik. Nota Umum: • Semua hak cipta (copyrights) perlu berdaftar dengan MyIPO atau Badan Antarabangsa yang setaraf kerana ia merupakan badan berkuasa bagi harta intelek. • Hak cipta (copyrights) yang dipecahkecilkan dikira sebagai satu entri. • Mempunyai bukti penggunaan bagi harta intelek selain dari paten walaupun didaftarkan/diperolehi sebelum tahun dinilai. • Rujuk MyIPO untuk definisi. |
5. Syarikat Terbitan/Syarikat Spin-off | Nota Umum: • Antara indikator kemajuan syarikat terbitan termasuk peratus (%) pembayaran yuran pelesenan, perolehan dana precomm dan pelaburan, paid up capital, jualan unit dan jualan kasar. |
a) Jumlah syarikat yang masih aktif mengkomersilkan inovasi universiti pada tahun yang dinilai | Nota Umum: • Antara indikator kemajuan syarikat terbitan termasuk peratus (%) pembayaran yuran pelesenan, perolehan dana precomm dan pelaburan, paid up capital, jualan unit dan jualan kasar. |
b) Jumlah syarikat baharu yang mengkomersilkan inovasi universiti pada tahun yang dinilai | Jumlah syarikat baharu yang mengkomersilkan inovasi universiti (rujuk pendaftaran syarikat dan perjanjian teknologi know-how). |