PEJABAT TRANSFORMASI PERANCANGAN STRATEGIK & RISIKO
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MyRA >> Seksyen C : Kuantiti dan Kualiti Penyelidikan

SEKSYEN C: KUANTITI DAN KUALITI PENYELIDIKAN
                    QUANTITY AND QUALITY OF RESEARCH

1. Penerbitan
Publications

 

a) Bilangan penerbitan
Number of publications

 

i) Jumlah bilangan penerbitan dalam jurnal berindeks SCOPUS/WOS/ERA

   Total number of publications in SCOPUS/WOS/ERA indexed journals

 

    • Bilangan penerbitan di dalam jurnal berindeks SCOPUS/WOS/ERA yang dihasilkan oleh staf akademik yang aktif daripada institusi (terdapat nama institusi sebagai afliasi pada penerbitan berkenaan).

 

    • Semua penerbitan yang bukan berbentuk artikel seperti abstract, book review, editorial, meeting abstract, letters to editor dan erratum tidak diambil kira.

 

ii) Jumlah bilangan penerbitan dalam pascasidang persidangan berindeks SCOPUS/WOS/ERA

    Total number of publications in SCOPUS/WOS/ERA indexed conference proceedings

 

    • Bilangan penerbitan dalam pascasidang persidangan berindeks SCOPUS/WOS/ERA.

 

iii) Kerjasama penerbitan

     Joined publications

 

1. Kolaborasi Industri

2. Kolaborasi Antarabangsa

3. Kolaborasi Kebangsaan (UA-UA, UA-US, US-US, Agensi/Institut Penyelidikan)

 

 

b) Kualiti penerbitan
    Quality of publication

 

i) Sitasi per penerbitan
   Citation per publication

 

    • Pengiraan sitasi per penerbitan akan dilaksanakan melalui sistem.

 

    • Kemasukan data adalah jumlah sitasi dan jumlah bilangan penerbitan

 

    • Tiada keperluan untuk menyemak data staf aktif bagi kiraan sitasi penerbitan.

 

    1. Jumlah sitasi penerbitan
      Total citation of publications

 

      • Jumlah sitasi SCOPUS atau WOS dalam tempoh lima (5) tahun terakhir bagi lima (5) TAHUN PENERBITAN yang telah dihasilkan institusi sehingga tahun dinilai.

 

      • Bagi jurnal yang tersenarai dalam ERA (tetapi tidak disenaraikan dalam SCOPUS atau WOS), pengiraan sitasi dilakukan menggunakan sitasi berpandukan Google Scholar (dari penerbitan akademik sahaja).

 

     2. Jumlah penerbitan dalam 5 tahun
         Total publication in 5 years

 

      • Jumlah penerbitan adalah dari data sitasi yang dikeluarkan.

 

ii) Bilangan artikel yang diterbitkan dalam jurnal Quartile 1 dan Quartile 2
     Number of articles published in Q1 and Q2 journals

 

    • Penerbitan dalam jurnal yang tersenarai dalam Q1 dan Q2 perlu merujuk kepada JCR yang terkini.
    • Jika jurnal yang tersenarai lebih daripada SATU bidang, kedudukan (rating) yang tertinggi diambil kira.

 

iii) Peratusan artikel yang diterbitkan dalam jurnal Quartile 1 dan Quartile 2
     Percentage of articles published in Q1 and Q2 journals

 

    • Jumlah pembawah untuk kiraan peratus merujuk kepada jumlah yang dinyatakan dalam Subseksyen C1(a)(i).
      (Auto Calculated)

 

c) Jumlah bilangan penerbitan dalam jurnal berindeks MyCite
    Total number of publications in MyCite indexed journals

 

  • Bilangan penerbitan dalam jurnal berindeks MyCite yang dihasilkan oleh staf akademik yang aktif daripada institusi yang dinilai juga diambil kira (termasuk yang diisytiharkan dalam Subseksyen C1(a)(i) dan C1(a)(ii)).

 

  • Penerbitan diterima sekiranya judul jurnal telah tersenarai dalam MyCite.

 

d) Kertas polisi
   Policy papers

 

  • Kertas yang dihasilkan untuk menyumbang kepada pembentukan/penambahbaikan/pemansuhan polisi/dasar/fatwa/akta dan seumpamanya yang telah diterbitkan oleh pemegang taruh (stakeholder) sama ada Agensi Kerajaan (Peringkat Negeri dan Persekutuan sahaja) atau Antarabangsa (selain daripada institusi yang dinilai) pada tahun yang dinilai.

 

  • Antara kata kunci kertas polisi ialah pelan strategik, blueprint, pelan induk, pelan tindakan, belanjawan, dasar dan fatwa, Rancangan Malaysia, Roadmap dan akta/enakmen.

 

  • Bukti-bukti yang diperlukan adalah seperti di bawah:

➢Bukti hubungkait yang ada menyatakan penghargaan kepada pusat, kertas kerja yang menjadi rujukan kertas polisi dan mempunyai afiliasi universiti;

➢Setiap kertas polisi/fatwa perlu ada bukti yang menunjukkan hasil kajian diguna pakai; dan

➢Surat lantikan staf menjadi ketua/ahli projek kajian.

 

Sekiranya pemilik dasar telah menyenaraikan nama penyumbang dalam kertas polisi maka tidak memerlukan bukti-bukti di atas.

 

e) Bilangan kajian kes/laporan teknikal/piawai yang telah diterbitkan
    Number of case studies/technical reports/standards published

 

  • Kajian kes/laporan teknikal yang menyumbang kepada pembangunan polisi, fatwa, dasar, akta/enakmen boleh diambil kira.

 

  • Laporan kemajuan/akhir geran penyelidikan contoh geran FRGS tidak boleh diambil kira.

 

  • Kajian kes/laporan teknikal/standard/piawaian, garis panduan/technical code perlulah yang disediakan untuk pemegang taruh/pelanggan (client) selain daripada institusi yang dinilai.

 

  • Bukti yang menunjukkan laporan lengkap kajian kes/laporan teknikal telah diterima oleh pemegang taruh (client).

 

  • Kajian kes yang telah dilaporkan dalam Subseksyen C1(a)(i) dan C1(c) tidak diambil kira.

 

f) Buku penyelidikan dan bab dalam buku penyelidikan
    Research books and chapters in research books

 

i) Bilangan buku penyelidikan
Number of research books

 

    • Bilangan buku ilmiah hasil daripada penyelidikan yang diterbitkan pada tahun dinilai.

 

    • Buku yang diterbit mestilah mematuhi piawaian buku penyelidikan seperti diwasit dan disunting.

 

    • Buku mestilah mempunyai piawaian seperti muka hadapan, isi kandungan, pra-kata, ISBN, indeks dan hak cipta.

 

    • Penerbit yang berdaftar dengan badan beriktiraf seperti MAPIM diambil kira.

 

    • Khusus dalam bidang seni kreatif, buku/karya yang dihasilkan boleh diisytiharkan sama ada dalam subseksyen ini ATAU dalam Subseksyen E4. Pengisytiharan berganda/berulang TIDAK dibenarkan.

 

1. Bilangan buku penyelidikan berindeks (SCOPUS/WOS)
    Number of research books indexed in SCOPUS/WOS

 

2. Bilangan buku penyelidikan tidak berindeks
    Number of non-indexed research books

 

ii) Bilangan bab dalam buku penyelidikan
     Number of chapters in research books

 

    •  Bilangan bab dalam buku penyelidikan selain daripada bab yang diambil kira dalam buku di bawah Subseksyen C1(f)(i) yang diterbitkan pada tahun dinilai.

 

    • Penerbit yang berdaftar dengan badan beriktiraf seperti MAPIM diambil kira.

 

    • Bab dalam buku penyelidikan mesti mempunyai ISBN.

 

    • Manakala hasil penerbitan pascasidang yang mempunyai ISSN/ISBN pula diambil kira sebagai penerbitan dalam Subseksyen C1(a)(ii) atau C1(g).

 

    • Tafsir dan tahqiq boleh diambil kira kerana mempunyai elemen analisis dan hujahan.

 

1. Bilangan bab dalam buku penyelidikan berindeks (SCOPUS/WOS)

   Number of chapters in research books indexed in SCOPUS/WOS

 

2.Bilangan bab dalam buku penyelidikan tidak berindeks

   Number of chapters in non-indexed research books

 

g) Lain-lain penerbitan (Jurnal tidak berindeks, artikel di dalam majalah, surat khabar, karya asli dan penerbitan daripada persidangan)
    Other publications (Non-indexed journals, articles in magazines, newsletters, original writings, and publications from conferences)

 

  • Bilangan penerbitan dalam jurnal tidak berindeks, artikel di dalam majalah, surat khabar, karya asli, penerbitan daripada persidangan, dan lain-lain.

 

  • Bukti penerbitan yang dihasilkan daripada penyelidikan atau berdasarkan kepakaran.

 

 

 

2. Geran penyelidikan staf akademik (RM)
    Research grants for academic staff (RM)

 

Nota Umum:

  • Geran penyelidikan termasuk projek perundingan, geran universiti, geran kebangsaan, geran industri dan geran antarabangsa.
  • Jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan bagi sesuatu projek baharu pada tahun yang dinilai.
  • Jumlah peruntukan yang diterima bagi projek penyelidikan yang aktif sahaja pada tahun yang dinilai.
  • Semua nilai geran diterima walaupun tidak memenuhi nilai minimum sebagai Penyelidik Utama dalam Subseksyen B1 kecuali bagi geran baharu, nilai minimum yang diluluskan adalah RM1,000.00.
  • Geran penyelidikan yang membuat pembayaran kepada Penyelidik Utama secara terus boleh diterima pakai jika terdapat bukti penerimaan dana, perbelanjaan atau transaksi kewangan dan diuruskan oleh universiti.
  • Ketua Projek mempunyai kawalan terhadap dana tersebut.
  • Untuk dana yang diuruskan oleh penaja, hanya peruntukan yang dibelanjakan pada tahun yang dinilai sahaja diambil kira.
  • Bahan bukti termasuk penyata kewangan, surat lantikan, telegraphic transfer, perjanjian perundingan, pelantikan perunding, dan seumpamanya.
  • Projek perundingan adalah semua projek yang diterima daripada Kerajaan/organisasi/agensi/syarikat dalam dan luar negara.
  • Jumlah pendapatan kasar yang diterima pada tahun dinilai iaitu melalui projek-projek perundingan yang dijalankan secara perseorangan atau berkumpulan. Hanya pendapatan daripada luar universiti sahaja yang diambil kira.
  • Semua peruntukan perundingan dan geran selepas tarikh tamat projek juga boleh diterima.

 

a) Jumlah geran penyelidikan universiti/institut
    Total amount of university/institutional research fund

 

  • Ini termasuk juga dana yang disalurkan oleh anak syarikat yang dimiliki.

 

  • Geran yang dibiayai melalui tabung penyelidikan dan dana Universiti Penyelidikan diambil kira.

 

  • Sumber geran yang diperolehi daripada parent bodies IPT/Home Universities/Kampus Induk negara asal yang dinilai boleh diambil kira.

 

  • Semua geran yang diperolehi daripada sumber selain universiti mestilah bersifat geran terbuka dan kompetitif.

 

i) Jumlah peruntukan yang diluluskan bagi projek baharu daripada geran universiti/institut pada tahun yang dinilai
    Total amount approved (pledged) for new projects from university/institutional fund in the year of assessment

 

ii) Jumlah peruntukan yang diterima bagi projek aktif daripada geran universiti/institut pada tahun yang dinilai
Total amount received for active projects from university/institutional fund in the year of assessment

 

b) Jumlah geran penyelidikan kebangsaan
    Total amount of national research fund

 

  • Setiap program HICoE diambil kira sebagai satu projek dan diketuai oleh seorang Penyelidik Utama. Jumlah keseluruhan peruntukan program HICoE boleh diambil kira.

 

i) Jumlah peruntukan yang diluluskan bagi projek baharu daripada geran kebangsaan pada tahun yang dinilai
Total amount approved (pledged) for new projects from national fund in the year of assessment

 

ii) Jumlah peruntukan yang diterima bagi projek aktif daripada geran kebangsaan pada tahun yang dinilai
Total amount received for active projects from national fund in the year of assessment

 

c) Jumlah geran penyelidikan daripada industri/swasta/NGO (termasuk penyelidikan kontrak)
    Total amount of research fund from industrial/private/NGO (including contract research)

 

  • Ini termasuk juga dana yang disalurkan kepada anak syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh institusi berkenaan.

 

  • Geran diperolehi dari sumber luaran swasta yang tiada kaitan dengan IPT yang dinilai.

 

i) Jumlah peruntukan yang diluluskan bagi projek baharu daripada geran industri/swasta/NGO pada tahun yang dinilai
Total amount approved (pledged) for new projects from industrial/private/NGO fund in the year of assessment

 

ii) Jumlah peruntukan yang diterima bagi projek aktif daripada geran industri/swasta/NGO pada tahun yang dinilai
Total amount received for active projects from industrial/private/NGO fund in the year of assessment

 

d)Jumlah geran penyelidikan daripada badan/agensi/NGO antarabangsa
    Total amount of research fund from international bodies/agencies/NGOs

 

  • Jumlah peruntukan yang diterima/ditaja oleh badan/agensi/NGO di luar negara pada tahun yang dinilai.

 

  • Jumlah peruntukan yang diterima oleh Ketua Projek IPT yang dinilai.

 

  • Geran yang dananya terletak di luar negara dan tiada kaitan dengan universiti yang dinilai sahaja diambil kira.

 

  • Geran daripada universiti induk daripada luar negara dikira sebagai Geran Universiti/Institusi.

 

  • Geran daripada syarikat luar negara yang berpengkalan di Malaysia tidak diambil kira melainkan kelulusan diterima dari negara asal.

 

i) Jumlah peruntukan yang diluluskan bagi projek baharu daripada badan/agensi/NGO antarabangsa pada tahun yang dinilai
Total amount approved (pledged) for new projects from international bodies/agencies/NGOs fund in the year of assessment

 

ii) Jumlah peruntukan yang diterima bagi projek aktif daripada badan/agensi/NGO antarabangsa pada tahun yang dinilai
Total amount received for active projects from international bodies/agencies/NGOs fund in the year of assessment

 

e) Jumlah geran penyelidikan yang diterima
   Total amount of research grants received

 

  • Jumlah dana yang diterima pada tahun dinilai bagi semua geran penyelidikan yang aktif.
    (Auto Calculated)

 

 

3. Pemantauan kemajuan projek penyelidikan
Monitoring of research project performance/progress

 

Nota Umum:

  • Bilangan projek penyelidikan aktif yang selesai tanpa pelanjutan berbanding dengan jumlah projek penyelidikan aktif yang telah selesai pada tahun yang dinilai.

 

a) Jumlah bilangan projek penyelidikan yang selesai tanpa pelanjutan pada tahun dinilai.
Total number of research projects completed without extension in year of assessment

 

  • Projek yang selesai perlu ada laporan akhir projek penyelidikan.

 

b) Jumlah bilangan projek penyelidikan yang selesai dengan pelanjutan pada tahun yang dinilai
Total number of research projects completed with extension in year of assessment 

 

  • Projek yang selesai dengan pelanjutan perlu ada laporan akhir projek penyelidikan.

 

c) Peratusan projek penyelidikan yang selesai mengikut jadual
Percentage of research projects completed on time

 

  • Kaedah Pengiraan:


(Auto Calculated)