SEKSYEN B: KUANTITI DAN KUALITI PENYELIDIK
QUANTITY AND QUALITY OF RESEARCHERS
(GLOSARI MyRA® I & II (PINDAAN 2023) – Kemaskini: 22 November 2023)
1. Penyelidik Utama/Ketua Projek
Critical Mass (Principal Investigators/Project Leader)
Jumlah bilangan staf akademik aktif terlibat sebagai Penyelidik Utama dalam projek penyelidikan
Total number of academic staff involved as Principal Investigators of research projects
Nota Umum:
• Bilangan staf akademik aktif yang terlibat sebagai Penyelidik Utama/Ketua Projek/Perseorangan bagi projek-projek penyelidikan seperti berikut dan bukan secara kumulatif:
- Mengambil kira bilangan Penyelidik Utama sahaja bukannya bilangan projek penyelidikan yang terlibat.
- Seorang Penyelidik Utama boleh diambil kira sekali sahaja sama ada dalam kategori pembiayaan Geran Universiti/Institusi, Nasional, Industri/Swasta/NGO atau Antarabangsa.
- Pengiraan Penyelidik Utama adalah berdasarkan tarikh akaun dibuka serta peruntukan diagih.
- Bidang kepakaran pensyarah boleh ditentukan mengikut praktis sekiranya bukti latihan dan penyelidikan yang berkaitan dengan bidang praktis perlu disediakan dan direkodkan di dalam sistem Pendaftar. Sekiranya bukti tidak dapat disediakan, kelulusan tertinggi akan digunakan untuk menentukan bidang pensyarah.
a) Geran Universiti/Institusi
University/Institutional Grants
- Projek yang dibiayai melalui tabung penyelidikan dan dana Universiti Penyelidikan. Projek mestilah bersifat kompetitif.
- Geran dari universiti induk luar negara kepada universiti cawangan di Malaysia adalah Geran Universiti.
- Sumber geran yang diperolehi daripada syarikat induk adalah Geran Universiti/Institusi.
b) Geran Nasional
National Grants
- Geran Nasional yang kompetitif diambil kira seperti geran-geran kementerian dan agensi kerajaan (Contoh: KPT, MOSTI, MOF, AADK, NAHRIM, dan lain-lain.)
- Penyelidik Utama mestilah menjadi Ketua Projek atau Ketua Sub-Projek dan mempunyai kawalan terhadap dana.
c) Geran Industri/Swasta/NGO
Industrial/Private/NGO Grants
- Geran Industri/Swasta/NGO yang kompetitif sahaja dan terbuka diambil kira termasuk contract research seperti clinical trial yang melibatkan penyelidikan.
- Contoh (tidak terhad kepada):
> Geran PPRN
> CREST
> Crowd Funding (hanya tujuan projek penyelidikan khusus)
> MyLAB
d) Geran Antarabangsa
International Grants
- Geran Antarabangsa yang kompetitif dan terbuka sahaja diambil kira.
- Geran penyelidikan yang membuat pembayaran kepada Penyelidik Utama secara terus boleh diterima pakai jika terdapat bukti penerimaan dana, perbelanjaan atau transaksi kewangan.
- Bahan bukti termasuk penyata kewangan, surat lantikan, telegraphic transfer dan lain-lain.
- Contoh (tidak terhad kepada):
➢Geran MyPAIR
➢JICA
➢United Nations
➢WHO
➢World Bank
➢Newton-Ungku Omar Fund
2. Jumlah bilangan staf akademik aktif yang berkelulusan PhD atau kelayakan profesional
Total number of staff with PhD or professional qualification
Nota Umum:
• Bagi staf akademik yang mempunyai kelulusan PhD dan kelayakan profesional boleh diambil kira.
3. Pengalaman penyelidikan
Research experience
Jumlah bilangan staf akademik aktif dan sepenuh masa mengikut pengalaman penyelidikan berdasarkan setiap kategori umur
Total number of active and full-time academic staff based on research experience in each age group
- Nota Umum:
Staf akademik aktif sepenuh masa sahaja yang perlu diisytiharkan.
- Kategori umur:
Kohort A : > 50 tahun
Kohort B : 40 – 50 tahun
Kohort C : < 40 tahun
- Markah diberikan berasaskan hitungan skala linear dalam lingkungan ±15% daripada sasaran peratusan unggul (ideal) untuk setiap kohort seperti berikut:
Kohort A = 30% daripada staf akademik aktif
Kohort B = 40% daripada staf akademik aktif
Kohort C = 30% daripada staf akademik aktif
a) Kohort A : > 50 tahun
Cohort A : > 50 tahun
b) Kohort B : 40 – 50 tahun
Cohort B : 40 – 50 tahun
c) Kohort C : < 40 tahun
Cohort C : < 40 tahun
4. Anugerah/Pengiktirafan yang diberikan oleh badan akademik dan profesional bertaraf kebangsaan dan antarabangsa untuk kecemerlangan penyelidikan
Awards/Stewardships conferred by national and international academic and professional bodies for research excellence
Nota Umum:
- Anugerah/Pengiktirafan/Stewardship yang diambil kira (tidak terhad kepada senarai di bawah):
Penyelidikan
Tokoh (Contoh: Merdeka Awards)
Fellowship
Kreativiti (Contoh: Aga Khan Award for Architecture, Royal Institute of British Architect Award, The International Architecture Awards, Piala Seri Endon, Tokoh Kraf Negara, Anugerah Persatuan Arkitek Malaysia).
Pelantikan sebagai Ketua Projek penyelidikan kontrak atau perundingan tidak diambil kira.
- Perlu diambil kira sekiranya, anugerah diterima daripada badan antarabangsa, contohnya Clarivate, Elsevier, Shanghai Jiao Tong (ARWU) yang diterima oleh staf akademik sahaja.
- Senior member dalam sesuatu pertubuhan profesional yang mana terdapat keahlian berbayar di peringkat kebangsaan atau antarabangsa tidak boleh dikatakan sebagai stewardship tetapi boleh diambil kira dalam pengiktirafan di bawah Seksyen G.
- Bukti anugerah adalah seperti sijil manakala bukti pengiktirafan adalah seperti surat pelantikan.
- Anugerah dan pengiktirafan daripada IPT yang dinilai (dalaman) tidak diambil kira.
a) Jumlah bilangan anugerah yang diberikan oleh badan akademik dan profesional bertaraf antarabangsa untuk kecemerlangan penyelidikan
Total number of awards conferred by international academic and professional bodies for research excellence
- Bilangan anugerah yang diberikan oleh badan akademik dan profesional di peringkat antarabangsa kepada staf akademik.
b) Jumlah bilangan pengiktirafan/stewardship yang diberikan oleh badan akademik dan profesional bertaraf antarabangsa untuk kecemerlangan penyelidikan
Total number of recognitions/stewardships conferred by international academic and professional bodies for research excellence
- Bilangan pengiktirafan/stewardship yang diberikan oleh badan akademik dan profesional di peringkat antarabangsa kepada staf akademik.
- Stewardship bermaksud pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa atau ‘Task Force’ di peringkat antarabangsa.
- Editor-In-Chief bagi jurnal yang tersenarai dalam JCR sahaja.
- Ahli Lembaga Editor (Editorial Board member atau Advisory Editorial Board member) untuk jurnal berprestij (10% S&T dan 20% bukan S&T teratas dalam jurnal yang tersenarai dalam JCR).
- Panel penilai geran antarabangsa/anugerah penyelidikan (termasuk ketua, pengerusi, dan ahli) diambil kira dalam kategori ini.
- Penglibatan sebagai pengerusi/ahli jawatankuasa pembangunan polisi, fatwa, dasar, akta/enakmen diambil kira dalam kategori ini.
- Panel penilai yang menilai kertas cadangan/proposal daripada universiti sendiri/universiti induk tidak diambil kira.
- Panel penilai/juri pameran inovasi/persidangan tidak diambil kira.
c) Jumlah bilangan anugerah yang diberikan oleh badan akademik dan profesional bertaraf kebangsaan untuk kecemerlangan penyelidikan
Total number of awards conferred by national academic and professional bodies for research excellence
- Bilangan anugerah yang diberikan oleh badan akademik dan profesional di peringkat kebangsaan kepada staf akademik.
d) Jumlah bilangan pengiktirafan/stewardship yang diberikan oleh badan akademik dan profesional bertaraf kebangsaan untuk kecemerlangan penyelidikan
Total number of recognitions/stewardships conferred by national academic and professional bodies for research excellence
- Bilangan pengiktirafan/stewardship yang diberikan oleh badan akademik dan profesional di peringkat kebangsaan kepada staf akademik.
- Stewardship bermaksud pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa atau ‘Task Force’ di peringkat kebangsaan.
- Editor-In-Chief bagi jurnal yang tersenarai dalam JCR sahaja.
- Ahli Lembaga Editor (Editorial Board member atau Advisory Editorial Board member) untuk jurnal berprestij (10% S&T dan 20% bukan S&T teratas dalam jurnal yang tersenarai dalam JCR).
- Panel penilai geran kebangsaan/anugerah penyelidikan (termasuk ketua, pengerusi dan ahli) diambil kira dalam kategori ini.
- Penglibatan sebagai pengerusi/ahli jawatankuasa pembangunan polisi, fatwa, dasar, akta/enakmen diambil kira dalam kategori ini.
- Panel penilai yang menilai kertas cadangan/proposal daripada universiti sendiri/universiti induk tidak diambil kira.
- Panel penilai geran peringkat universiti tidak diambil kira.
- Panel penilai/juri pameran inovasi/persidangan tidak diambil kira.
e) Bilangan Clarivate Highly Cited Researchers
Number of Clarivate Highly Cited Researchers
- Bilangan Clarivate Highly Cited Researchers pada tahun yang dinilai.
f) Lain-lain anugerah penyelidikan
Other research awards
- Anugerah berkaitan dengan kecemerlangan penyelidikan/inovasi selain yang diisytiharkan dalam subseksyen B4(a) – B4(d) boleh diambil kira dalam subseksyen ini.
- Anugerah dan pengiktirafan daripada IPT yang dinilai (dalaman) tidak diambil kira.
- Anugerah pameran penyelidikan tidak diambil kira.
- Contoh anugerah/pengiktirafan/stewardship yang boleh diambil kira bagi subseksyen ini (tidak terhad kepada senarai di bawah):
Best Paper Award
Best Poster Award
Pertandingan Penyelidikan/Inovasi
