(GLOSARI MyRA® I & II (PINDAAN 2023) – Kemaskini: 19 Disember 2024)
SEKSYEN A: MAKLUMAT UMUM
GENERAL INFORMATION
1.Jumlah bilangan staf akademik
Total number of academic staff
Nota Umum:
- Semua output daripada staf akademik yang tidak disenaraikan dalam senarai induk staf akademik aktif IPT semasa tahun yang dinilai tidak diambil kira.
- Staf baharu pada tahun yang dinilai tidak boleh diambil kira sekiranya mereka berkhidmat kurang daripada enam (6) bulan. (Subseksyen A1(b)).
- Staf yang cuti belajar, bercuti sabatikal, bercuti untuk mengikuti pasca kedoktoran dan bercuti bagi mengikuti latihan/sangkutan penyelidikan sepanjang tahun yang dinilai tidak diambil kira sebagai Staf Aktif (Subseksyen A1(b)).
- Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Sarjana (Master).
- Bilangan staf akademik mengikut gred jawatan seperti berikut:
i. Profesor
ii. Profesor Madya
iii. Pensyarah Kanan
iv. Pensyarah
v. Felo Penyelidik
- Bilangan staf akademik aktif mengikut bidang Sains dan Teknologi (S&T) dan bukan S&T.
- Staf akademik dikira sebagai staf S&T sekiranya ijazah tertinggi staf tersebut adalah dalam bidang seperti berikut:
➢Sains Tulen dan Gunaan
➢Teknologi dan Kejuruteraan
➢Sains Kesihatan dan Klinikal
➢Teknologi Maklumat dan Komunikasi
➢Sains, Matematik dan Komputer
➢Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan
a) Bilangan staf akademik (termasuk bercuti belajar, bercuti sabatikal, bercuti untuk mengikuti pasca kedoktoran dan bercuti bagi mengikuti latihan/sangkutan penyelidikan)
Number of academic staff (including staff on study leave, sabatical leave, postdoctoral leave, training/research attachment)
- Bilangan staf akademik mengikut gred jawatan seperti berikut:
i. Profesor
ii. Profesor Madya
iii. Pensyarah Kanan
iv. Pensyarah
v. Felo Penyelidik
b) Bilangan staf akademik aktif
Number of active academic staff
- Bilangan staf akademik aktif mengikut gred jawatan seperti berikut:
i.Profesor
ii.Profesor Madya
iii.Pensyarah Kanan
iv.Pensyarah
v.Felo Penyelidik
- Staf akademik aktif adalah diambil dari senarai semua staf akademik dengan syarat seperti berikut:
➢ Semua staf akademik yang dibayar gaji (bukan honorarium) oleh IPT (termasuk semua cawangan);
➢ Bagi staf lantikan baharu perlu berkhidmat sekurang-kurangnya enam (6) bulan;
➢ Bagi staf termasuk yang bercuti belajar, bercuti sabatikal, bercuti untuk mengikuti pasca kedoktoran dan bercuti bagi mengikuti latihan/sangkutan (attachment) penyelidikan walaupun berkhidmat kurang dari enam (6) bulan pada tahun dinilai perlu diambil kira;
➢ Staf yang cuti belajar, bercuti sabatikal, bercuti untuk mengikuti pasca kedoktoran dan bercuti bagi mengikuti latihan/sangkutan penyelidikan atau industri sepanjang tahun yang dinilai tidak diambil kira; dan
➢ Staf akademik yang bersara/berhenti kerja dan dipinjamkan pada tahun yang dinilai tetapi bekerja kurang daripada enam (6) bulan boleh diambil kira.
- Pensyarah pelatih seperti Pensyarah Perubatan Pelatih (DU51P) tidak boleh diambil kira sebagai staf aktif
- Pensyarah yang menjalani latihan sub kepakaran tidak diambil kira kerana berada dalam tempoh cuti belajar sub kepakaran.
- Jawatan Penolong Profesor (Assistant Professor) disetarakan dengan jawatan Pensyarah Kanan sekiranya memiliki ijazah PhD.
c) Jumlah bilangan staf akademik S&T aktif
Total number of active S&T academic staff
d) Jumlah bilangan staf akademik bukan S&T aktif
Total number of active non-S&T academic staff
e) Peratus staf akademik S&T aktif
Percent of active S&T academic staff
f) Jumlah bilangan staf akademik bukan warganegara aktif
Total number of active foreign academic staff2.
2. Jumlah bilangan pelajar sepenuh masa
Total number of full-time students
Nota Umum:
- Pemastautin tetap adalah setara warganegara.
- Enrolmen pelajar termasuk yang aktif, gap year, tamat pengajian, diberhentikan, menarik diri, gagal dan penangguhan.
- Pelajar yang berdaftar lebih daripada satu (1) program pada tahap pengajian yang sama hanya dikira sekali.
a) Bilangan pelajar Ijazah Pertama warganegara dan bukan warganegara
Number of local and foreign Undergraduate students
- Bilangan pelajar sepenuh masa meliputi Ijazah Pertama sahaja yang berdaftar (enrolmen) seperti berikut:
i. Bachelor (Local)
ii. Bachelor (Foreign)
b) Bilangan pelajar Ijazah Tinggi warganergara dan bukan warganegara
Number of local and foreign Postgraduate students
- Bilangan pelajar meliputi Ijazah Tinggi sahaja mengikut mod pengajian yang berdaftar (enrolmen) seperti berikut:
i. Masters – Research (Local)
ii. Masters – Research (Foreign)
iii. Masters – Coursework (Local)
iv. Masters – Coursework (Foreign)
v. PhDs (Local)
vi. PhDs (Foreign)
vii. Doctoral Level Coursework (Local)
viii. Doctoral Level Coursework (Foreign)